INFO BAHAN

1. DOKUDAMI (Houttuynia Cordata)


Dokudami (Houttuynia cordata), adalah herba yang mempunyai khasiat penyembuhan dan anti-toxic yang popular dalam dunia perubatan Timur dan Barat. Ia juga membantu menarik keluar racun di dalam badan melalui peredaran darah. Masyarakat Jepun menggunakannya sebagai herba segar, sering kali dimakan, disapukan pada kulit, atau ditempatkan dalam tab mandi. Semasa kering, ia juga digunakan dalam teh dan sebagai serbuk penyembuhan.

Kelebihan :

  1. Melawan alergi dan asma.
  2. Membuang radikal bebas (toxin).
  3. Melawan bakteria.
  4. Membantu sistem imunisasi badan.
  5. Mengurangkan keradangan.
  6. Kelebihan lain.

2. DAUN LOQUAT (Eriobotrya Japonica)


Tergolong dalam keluarga pokok bunga Ros dan sesetengahnya memanggil Daun Plum Jepun. Daun Loquat mengandungi Kalsium, Fosforus, Iron, Pottasium, Vitamin A dan Asid Askobik yang tinggi. Daun ini juga banyak digunakan untuk membuat teh herba.

Kelebihan :
  1. Membantu menangani menbran mokusa.
  2. Bertindak sebagai antioksidan.
  3. Pertahanan diabetis.
  4. Menguatkan Pankreas.
  5. Membantu hati dalam penyingkiran bahan kimia.
  6. Melawan keradangan kulit.
  7. Bertindak melawan kanser kulit.
  8. Melawan kebanyakkan virus.
  9. Membantu melawan penyakit HIV ( salah satu dari asid organik yang terkandung dalam Daun Loquat ialah  2-alpha-hydoxyursolic acid, dan ianya anti kesan HIV - *1 )

*1.  Taniguchi, Shoko, Yoko Imayoshi, Eri Kobayashi, Yoshie Takamatsu, Hideyuki Ito, Tsutomu Hatano, Hiroshi Sakagami, Harukuni Tokuda, Hoyoku Nishino, Daigo Sugita, Susumu Shimura, and Takashi Yoshida. "Production of bioactive triterpenes by Eriobotrya japonica calli." Phytochemistry 59 (2002): 315-23.


3. TOURMALINE


Tourmaline adalah mineral silikat kristal bergabung dengan elemen seperti aluminium, besi, magnesium, sodium, lithium, atau kalium. Tourmaline diklasifikasikan sebagai semi-batu berharga dan permata yang datang dalam pelbagai warna.

Mineral ini juga mampu memancarkan ion negatif dan sinar panas inframerah jauh. Ia mampu menghasilkan cas elektrik seperti piezoelectric apabila diberi tekanan.

Kelebihan :
  1. Membantu mengurangkan lemak.
  2. Mengurangkan retensi air.
  3. Meningkatkan peredaran darah
  4. Membuang sisa yang tidak diperlukan.
  5. Membantu membersihkan hati dan ginjal.
  6. Membantu menyembuhkan gangguan kulit.
  7. Pengurangan penyakit emosional seperti cemas dan depresi atau stress
  8. Mengurangkan risiko penyakit akut dan kronik.
  9. Membantu eliminasi logam berat, racun, dan bahan karsinogenik dari tubuh kita.
  10. Mengurangkan asid laktik dan asid lemak bebas dari tubuh.

4. CHITOSAN





Ditemui pada kulit luar krustasea seperti udang, lobster dan kerang, kitosan memberikan manfaat bermula daripada penyembuhan luka, mengawet buah-buahan dan sayur-sayuran. Kitosan juga boleh menyebabkan penurunan berat badan dan menurunkan kolesterol. Walaupun dianggap tidak beracun, elakkan kitosan selama kehamilan atau jika anda alergi terhadap kerang.

Kelebihan :

  1. Membantu dalam penyembuhan luka.
  2. Menurunkan paras kolesterol dan lemak 4-6 kali ganda.
  3. Menyerap minyak beracun dan logam berat.
  4. Meningkatkan paras kolesterol baik HDL.
  5. Membunuh bakteria penyakit dan mencegah jangkitan kulat.
  6. Mencegah keracunan darah. 

5. DEXTRIN


Dextrin adalah sejenis karbohidrat berat molekul rendah. Dextrin dihasilkan oleh proses hidrolisis dari pati. Hidrolisis melibatkan pemisahan air sehingga menjadi komponen-komponen asas dan membolehkan komponen untuk melampirkan molekul lain. Kebanyakkan dextrin digunakan dalam pembuatan gam, makanan dan ubat-ubatan kerana ianya tidak beracun.


Kelebihan :

  1. Meningkatkan kesihatan badan dan memperbaiki sistem pencernaan.
  2. Mengurangkan kolesterol dan sel lemak.
  3. Tidak beracun.
  4. Meningkatkan selera makan.
  5. Mengurangkan kadar gula darah dan menetapkan kadar respon insulin.
  6. Mengurangkan risiko penyakit jantung koroner dan berkaitan.
  7. Membantu melawan penyakit usus besar. 
  8. Meningkatkan kekerapan membuang air besar.

6. CUKA BULUH (Bamboo Vinegar)






Cuka buluh dihasilkan melalui proses karbonisasi ketika dipanaskan di dalam bekas kedap udara semasa pengeluaran arang buluh. Stim yang telah disejukkan tadi akan menjadi cuka. Setelah proses penapisan, cuka ini memberi banyak manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan.

Kelebihan : 

  1. Melembutkan kulit.
  2. Menghalau serangga.
  3. Meredakan kegatalan.
  4. Mengurangkan bau kaki.
  5. Menghilangkan rasa kebas.
  6. Memperbaiki perjalanan darah.
  7. Meredakan keradangan.
  8. Membuang toksik di dalam badan.
  
7. CUKA KAYU






Cuka kayu merupakan zat kayu terbakar. Pokok Oak dibakar sehingga 250 darjah Celcius di dalam relau. Stim dari pembakaran ini ditapis sebanyak 5 kali dan disimpan selama 6 bulan. Selepas itu, bahagian tengah ditapis untuk digunakan pada produk terakhir. Untuk dijadikan serbuk, cuka ini dipanaskan lagi sehingga terkondensasi. Kemudian, ia dikeringkan dan zatnya diuji bagi memenuhi kualitinya.


Kelebihan :

  1. Mengurangkan bau masam badan.
  2. Membantu menghentikan penyakit usus.
  3. Melambatkan kolik.
  4. Menghalang Diare.
  5. Mencegah muntah.
  6. Mengurangkan ulser peptik.
  7. Menghilangkan jangkitan gigi.
  8. Menurunkan paras kolesterol.
  9. Menarik keluar toksik dalam badan.
  10. Mengurangkan bengkak mata.
  11. Mengurangkan jangkitan kuman.
  12. Meringankan keradangan kulit.
  13. Membantu meredakan ulser diabetis.
  14. Membantu proses penyembuhan jangkitan telinga.
  15. Melawan penyakit Gout.
  16. Mengurangkan risiko gejala Prostatitis (berkaitan kelenjar Prostat).
  17. Mengurangkan rasa sakit.